TEMPAHAN DAN PENDAFTARAN HAJI
Tempahan untuk mengikuti pakej haji Darussalam Holdings dibukakan pada bila-bila masa, walaubagaimanapun ketentuan tercalon untuk mengerjakan haji pada tahun tertentu adalah tertakluk kepada pendaftaran haji di Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.
Pihak Jabatan Urusan Haji akan menyerahkan senarai nama Jemaah yang tercalon kepada Syarikat yang mengendalikan Pakej Haji. Bagi yang TIDAK tercalon, ianya akan disimpan dalam senarai menunggu «waitinglist» sekiranya ada jemaah yang menarik diri maka Jabatan Urusan Haji akan menghubungi jemaah yang didalam senarai tersebut.
- CARA TEMPAHAN MENGIKUTI PAKEJ HAJI DHSB
- Dapatkan borang tempahan
- Memilih pakej yang bersesuaian
- PENDAFTARAN HAJI DI JABATAN URUSAN HAJI, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
- Setiap bakal Jemaah haji adalah dimestikan mendaftar ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama apabila Pendaftaran Haji dibuka.
- Gelang Haji – hendaklah ditempah sendiri di syarikat yang dilantik oleh Jabatan Urusan Haji
Bagi mendapatkan maklumat mengenai dengan pendaftaran haji, sila hubungi atau datang ke Jabatan Urusan Haji seperti alamat berikut:
No - 01
Jabatan Urusan Haji
Kementerian Hai Ehwal Ugama
Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru,
Jalan Menteri Besar
Negara Brunei Darussalam
Tel: 2382525 / 2382300 / 2382302
SETELAH MENDAFTAR DI JABATAN URUSAN HAJI PASTIKAN:
- Borang permohonan visa haji;
- Lengkapkan dan tampal dua (2) keping gambar hitam putih dibahagian atas borang tersebut;
- 1 keping di sudut kanan dan
- 1 keping di sudut kiri
- Buku suntik boleh didapati;
Pusat Kesihatan, Bandar Seri Begawan, Unit Suntikan
Tingkat 4, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam
- PERSEDIAAN SEBELUM MENGHANTAR DOKUMEN
- Salinan pasport antarabangsa (Biometrik) dengan memastikan;
- Tarikh mansuh tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh dijangka berangkat
- Tidak kurang enam (6) mukasurat kosong iaitu tiga (3) keping depan belakang
- Gambar berukuran 4cm x 6cm (hitam/putih) – 4 keping;
- Tulis nama dibelakang gambar
- Perempuan hendaklah memakai tudung berwarna gelap.
- Lelaki hendaklah TIDAK memakai topi haji (kopiah).
- Borang visa;
- Salinan dokumen-dokumen berikut (jika berkenaan)
- Sijil nikah (bagi pemohon suami isteri)
- Surat beranak
- Dokumen tambahan bagi warga asing/penduduk tetap;
- Pasport antarabangsa yang mempunyai:
- Tempoh sahlaku tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh dijangka berangkat
- Pas kerja, jaminan (re-entry permit) yang sah tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh ketibaan.
- Tidak kurang enam (6) mukasurat kosong tiga (3) keping dapan belakang.
- PROSES PENGHANTARAN BORANG TEMPAHAN DI KAUNTER DHSB
- Kembalikan borang tempahan yang telah diisi dengan lengkap bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Sediakan wang pendahuluan (deposit) $300.00 seorang
- PERSEDIAAN SEBELUM MENJELASKAN PEMBAYARAN PENUH PAKEJ HAJI
- Pastikan jumlah wang dalam Akaun Tekad Haji (TAIB) mencukupi untuk pembayaran mengikut harga pakej yang dipilih dengan melebihkan sekurang-kurangnya BND 100.00 setiap akaun
- Resit bayaran wang pendahuluan
- Sila isi borang tambang dengan lengkap (jika perlu)
- PEMBAYARAN PENUH DAN PENYERAHAN PASPORT / DOKUMEN
- Pembayaran penuh mengikut bilangan pendaftaran haji pada tarikh yang ditetapkan.
- Lengkapkan borang berikut;
- Pembayaran pakej haji jika berkenaan sahaja
- Borang Perbadanan TAIB bagi penerima Tambang sahaja.
- Borang tambang kurnia
- Resit bayaran wang pendahuluan.
- Menyerahkan salinan pasport antarabangsa (biometrik)
- PROSES PEMBAYARAN DI KAUNTER
- Serahkan Akaun Tekad Haji yang telah dikemaskini.
- Sila baca semua syarat dan peraturan sebelum menandatangani borang pembayaran pakej haji.
Perhatian semasa pembayaran penuh:
- Pemilik Akaun Tekad Haji dan penerima tambang dikehendaki hadir pada hari pembayaran bagi menandatangani dokumen berkaitan.
- Pastikan pasport atau dokumen perjalanan sebagaimana syarat dikehendaki.
- Tarikh pembayaran penuh pakej akan dimaklumkan melalui telipon atau mediamasa.
- TAKAFUL KEMELANGAN DIRI UNTUK HAJI & UMRAH, INSURANS ISLAM TAIB SENDIRIAN BERHAD
Untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai Takaful Kemalangan Diri, Jemaah atau sekurang-kurangnya ketua keluarga bolehlah datang kemana-mana kaunter Insurans Islam TAIB (IITSB).
- MAKLUMAT PENTING
- DHSB hanya akan menerima dan memproses tempahan yang lengkap dengan susunan mahram yang dibolehkan sahaja sebagaimana syarat.
- Tempahan dengan pembayaran deposit sahaja akan diterima, bagi yang belum membayar deposit akan diletak dalam senarai menunggu.
- Bayaran wang pendahuluan hanya akan diterima jika ada kekosongan pakej yang dipilih.
- Kanak-kanak berumur 12 tahun pada hari penerbangan adalah dikira sebagai dewasa pada hari pembayaran
- DHSB tidak bertanggungjawab jika dokumen atau pembayaran penuh diterima LEWAT dari tempoh yang telah ditetapkan dan jika terdapat kelewatan, pengurusannya adalah tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan pihak-pihak berikut:
- Jabatan Urusan Haji
- Bank (bankdraf)
- Syarikat Penerbangan (tiket)
- Kementerian Luar Arab Saudi (kod kebenaran)
- Kedutaan Arab Saudi di Brunei Darussalam (visa)
- Surat pengesahan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak DHSB setelah menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran pendahuluan.
- Maklumat mengenai pengurusan Haji akan dimaklumkan dari masa kesemasa oleh DHSB melalui telipon dan mediamasa kepada bakal Jemaah haji.
- DHSB tidak akan bertanggungjawab ke atas ganti rugi terhadap apa jua jenis kemalangan yang tidak termasuk dalam Insuran Takaful Kemalangan Diri untuk Haji & Umrah, Insurans Islam TAIB.
- DHSB berhak memindah, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana syarat dan peraturan dari masa ke semasa jika perlu tanpa sebarang makluman awal mengenainya.