Other Services

Perkhidmatan Aqiqah

Aqiqah

Seekor Kambing

BND 175.00

Apakah erti Aqiqah?
Dari segi Bahasa ialah rambut yang di atas kepala kanak-kanak waktu ia dilahirkan.

Manakala dari segi syara’ maknanya ialah binatang yang disembelih pada waktu mencukur rambut kanak-kanak itu.

Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi Muhammad SAW daripada Samurah Radhiallahu ‘anhu yang bermaksudnya:

“Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya.”      

Hadith Riwayat at-Tarmidzi

 

Dari Fatimah binti Muhammad ketika melahirkan Hasan, dia berkata : Rasulullah bersabda : “Cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya.”

 [HR Ahmad, Thabrani, dan al-Baihaqi]

Apakah hukumnya?

Hukum Aqiqah Anak adalah sunnah (muakkad) sesuai pendapat Imam Malik, penduduk Madinah, Imam Syafi?i dan sahabat-sahabatnya, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan kebanyakan ulama ahli fiqih (fuqaha).

Dasar yang dipakai oleh kalangan Syafii dan Hambali dengan mengatakannya sebagai sesuatu yang sunnah muakkadah sebagaimana hadis Nabi SAW. Yang berbunyi,Sunat Mu’akadah (Sunat yang digalakkan atau yang hampir kepada wajib) bagi mereka yang wajib memberi nafkah kanak-kanak itu dengan hartanya sendiri bukan dengan harta kanak-kanak itu.

“Anak tergadai dengan aqiqahnya. Disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (dari kelahirannya)”.

(HR al-Tirmidzi, Hasan Shahih)

Bilakah waktunya pelaksanaan Aqiqah?
Pelaksanaan aqiqah menurut kesepakatan para ulama adalah hari ketujuh dari kelahiran. Hal ini berdasarkan hadis Samirah di mana Nabi SAW bersabda, “Seorang anak terikat dengan aqiqahnya. Ia disembelihkan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama”. (HR. al-Tirmidzi).

Apakah hikmah Aqiqah?

  • Sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana telah mengurniakan anak.
  • Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
  • Untuk memulakan kehidupan anak yang dilahirkan dengan perkara-perkara kebaikan.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  • Melahirkan rasa kegembiraan mendapat zuriat sebagaimana Sunnah Rasulullah SAW.

Adakah boleh melakukan aqiqah di luar Negara?
Ibadah Aqiqah boleh dilakukan dimana sahaja, tidak kira dalam atau luar negara, tidak kira sama ada disaksikan oleh orang yang melakukan aqiqah tersebut atau tidak ( berwakil). Selagi mana sewaktu membeli dan menyembelih kambing diniatkan sebagai Aqiqah, maka Aqiqah tersebut adalah sah.

Berapa jumlah kambing yang harus di aqiqahkan?
Jumlah  yang disunatkan adalah 2 ekor untuk anak laki-laki dan 1 ekor untuk anak perempuan berdasarkan hadis berikut ini :

Dari Aisyah ra berkata, yang artinya: “Nabi SAW memerintahkan mereka agar disembelihkan aqiqah dari anak laki-laki dua ekor domba yang sepadan dan dari anak perempuan satu ekor.”

 (Shahih riwayat At Tirmidzi)

Namun, jika tidak mampu, maka seekor pun memadai.

Bagaimanakah proses pendaftaran perkhidmatan Aqiqah di DHSB?
Bagi mereka yang berhasrat untuk membuat perkhidmatan Aqiqah, bolehlah datang ke Kaunter DHSB pada bila-bila masa waktu bekerja untuk mendaftar seterusnya berakad untuk berwakil serta membuat pembayaran sebanyak BND 175,00 bagi setiap seekor kambing.