Other Services

Perkhidmatan Badal Haji

Badal Haji

Seorang

BND 1,200.00

Apakah erti Badal Haji?
Sejumlah wang yang dibayar kepada seseorang bagi menyempurnakan haji bagi pihak yang berwakil

Siapakah yang boleh dibuatkan Badal Haji?
Orang yang uzur dan tiada harapan akan sembuh untuk mengizinkannya melakukan ibadah haji secara sendiri (belum pernah mengerjakan Haji), sedangkan ia berkemampuan daripada segi kewangan.

Orang yang telah meninggal dunia sedangkan semasa hayatnya dia berkuasa mengerjakan haji dan mempunyai harta pusaka, wajiblah waris-warisnya menggantikan seseorang untuk menyempurnakan Hajinya (orang yang meninggal).

Adapun alasan ulama yang memperbolehkan Badal Haji adalah berdasarkan kepada beberapa hadith berikut ini:-

Hadith riwayat Ibnu Abbas dari al-Fadl: “Seorang perempuan dari kabilah Khats’am bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, ayahku telah wajib haji tapi dia sudah tua renta dan tidak mampu lagi duduk di atas kendaraan?”. Jawab Rasulullah: “Kalau begitu lakukanlah haji untuk dia!”

Riwayat Bukhari, Muslim dll

Siapakah yang dibolehkan menjadi wakil Badal Haji itu?
Orang yang hendak menjadi wakil untuk mengerjakan Badal Haji itu hendaklah mereka yang telah pernah mengerjakan ibadah haji bagi dirinya sendiri.

Bagaimanakah proses pendaftaran perkhidmatan Badal Haji DHSB?
Bagi mereka yang berhasrat untuk membuat badal haji bolehlah datang ke Kaunter DHSB pada bila-bila masa waktu bekerja, mendaftar seterusnya berakad untuk berwakil dan membuat pembayaran sebanyak BND 1,200 bagi setiap seorang yang akan dibadalkan.

Siapakah yang dilantik sebagai wakil ( membadalkan ) ?

Pengurusan DHSB akan melantik sebagai wakil ( membadalkan ) haji dikalangan :

  • Pegawai-Pegawai DHSB yang bertugas semasa musim haji tahun tersebut.
  • Para  Mutawwif yang bertugas bersama pengurusan DHSB.
  • Para pelajar-pelajar dan petugas-petugas haji  yang mengikuti pengajian di Arab Saudi.