TEMPAHAN DAN PENDAFTARAN UMRAH
Tempahan untuk mengikuti pakej Umrah adalah dibukakan pada bila-bila masa, walaubagaimanapun pemilihan waktu mengerjakan umrah tertakluk kepada pilihan pelanggan mengikut tarikh-tarikh yang telah disusun oleh pihak Darussalam Holdings Sdn Bhd. (DHSB), kecuali mereka yang memilih untuk mengerjakan umrah secara persendirian (FIT).
- CARA TEMPAHAN UMRAH
- Pilih tarikh dan pakej yang bersesuaian
- Dapatkan borang tempahan
- Dapatkan borang permohonan visa mengikuti jumlah keramaian.
- PERSEDIAAN SEBELUM MENGHANTAR DOKUMEN
- Salinan pasport antarabangsa (biometrik) dengan memastikan:
- Tarikh mansuh tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh dijangka berangkat
- TIdak kurang enam (6) mukasurat kosong iaitu (3) keping depan belakang.
PERINGATAN
Ayah atau ibu yang asalnya menggunakan satu pasport antarabangsa bersama anak-anak adalah DINASIHATKAN untuk membuat pasport antarabangsa yang berasingan.
- Gambar berukuran 4cm x 6cm (berwarna) – 4 keping
- Tulis nama dibelakang gambar
- Perempuan hendaklah memakai tudung berwarna gelap
- Lelaki hendaklah TIDAK memakai topi haji (kopiah).
- Dokumen tambahan bagi warga asing/penduduk tetap
- Pasport antarabangsa yang mempunyai:
- Tempoh sahlaku tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh dijangka berangkat
- Pas kerja, jaminan (re-entry permit) yang sah tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh ketibaan.
- Tidak kurang enam (6) mukasurat kosong tiga (3) keping depan belakang.
- Sila dapatkan:
- Suntikan berikut di Pusat Suntikan Kerajaan (waktu pejabat kerajaan)
- Selaput Otak (Mencevax ACWY 135E) dan Selesma bermusim (Flu Vaccine) atau
- Surat kebenaran dari pihak kesihatan bagi wanita hamil atau
- Kad kesihatan (kuning) bagi kanak-kanak dua (2) tahun ke bawah.
- Lengkapkan borang visa dan tampal dua (2) keping gambar hitam putih dibahagian atas borang tersebut:
- 1 keping di sudut kanan dan
- 1 keping di sudut kiri
- Salinan dokumen-dokumen berikut;
- Pasport antarabangsa (keterangan peribadi) yang mempunyai;
- Sijil nikah (bagi pemohon suami isteri)
- Surat beranak (bagi anak perempuan & anak lelaki yang berumur di bawah 18 tahun).
- Surat sumpah (jika diperlukan).
- Sijil anak angkat atau dokumen yang berkenaan.
- DOKUMEN TAMBAHAN BAGI WARGA ASING
- Pas kerja, jaminan atau re-entry permit yang sahlaku tidak kurang satu (1) tahun dari tarikh ketibaan.
- Surat pengesahan atau kebenaran dari kedutaan masing-masing.
- Surat dari majikan (jika berkenaan).
- DOKUMEN TAMBAHAN BAGI MUALLAF
- Sijil memeluk ugama Islam (jika berkenaan).
- Nama dalam passport hendaklah dalam nama islam. (jika ada)
- PROSES PENGHANTARAN BORANG TEMPAHAN DI KAUNTER DHSB
- Kembalikan borang tempahan yang telah diisi dengan lengkap dan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Wang pendahuluan (deposit) $200.00 seorang.
- Hantar semua yang berkenaan.